Kehidupan awal Muhammad Azzammuddin bin Lop Hisham

Azzam Sham dilahirkan pada 29 Jun 1997. Dibesarkan di Sungai Besi, Kuala Lumpur dan bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besi, Azzam merupakan anak sulung daripada enam orang adik-beradik kepada pasangan Lop Hisham Piai dan Yusnita Yusop. Adik-beradik beliau ialah Muhammad Azim Ramdan, Intan Noraziean, Siti Nurazwani, Muhammad Azryzham dan Nur Azreen Yusrina. Hobinya ialah menyanyi dan melukis. Semasa melanjutkan pelajarannya di ASWARA dalam Diploma Muzik (Vokal),[6] Azzam berjaya menjadi Pelajar Terbaik Fakulti dan mendapat Anugerah Dekan.